Cendawan Tiram Kelabu


Explore masakan anda

Ramai yang berkata, cendawan ini bila dibuat sup, rasanya seperti daging ayam, lembut dan kenyal. Untuk menggorengnya pula, cendawan itu hendaklah digaul dengan tepung dengan kadar seadanya sahaja. Jangan seliputi cendawan dengan tepung kerana bila ianya masak, yang rasa bukan cendawannya tetapi tepungnya. Pastikan minyak menggoreng benar-benar panas sebelum tepung cendawan itu dimasukkan. Seeloknya gunakan deep fryer, kerana hasilnya memang rangup dikunyah. Cendawan goreng memang enak jika digoreng secara rangup seperti chips.

Cendawan juga boleh dimasak lemak cili api, sup air, kari, tomyam. Serunding cendawan juga boleh dicuba. Memasaknya sangat mudah, gantikan daging serunding itu dengan cendawan sahaja, manakala kaedah penyediaannya adalah sama seperti memasak serunding daging atau ayam. Hasilnya, emmmm memang kelainannya menyelerakan.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada kreatif anda. Lagi kreatif, lagi seronok menikmati hidangan cendawan.

No harms trying. Cubalah, selain berkhasiat, ianya enak dan menyegarkan.

2 comments:

Adila Ahmad B.Monica @ safri said...

tahniah
demo & Umi telah berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan.Bermakna matlamat hidup demo & Umi telah hampir tercapai.Semoga usaha yang dibina hari ini akan berkembang mekar seperti kembang dan tumbuhnya cendawan yang di usahakan. Kawe & ica mendoakan kejayaan kalian berdua. Semoga ia menjadi contoh bagi mereka yang masih mencari-cari makna kehidupan


Good Luck
Mr/Mrs Safri Ali

Unknown said...

Sedap cendawan tiram kelabu goreng cendawan crispy.