Cendawan masuk MINDEF?


Aik, nampak macam cendawan nak masuk MINDEF ni...hehehe

Pelancongan cendawan?



Mamat ni masih muda remaja. Nama dia Fauzan, anak Puan Saleha. Dalam tempoh tiga empat bulan ni, tugas Mamat ni ialah menjaga kebun cendawan ini. Ini kerana Mamat ni bercuti seketika dari pengajiannya. Katanya dia akan menyambung semula pengajiannya di UiTM Shah Alam tahun depan. Menurutnya dia mengambil bidang pelancongan. Pelancongan cendawan, katanya malu-malu...

Wajah cendawan segar







Inilah wajah cendawan segar. Cendawan sesegar begini hanya boleh dihasilkan melalui kaedah penyediaan beg cendawan yang betul, campuran bahan-bahan yang tepat, penjagaan yang rapi melalui ruang peredaran udara yang bersih dan sempurna dan tempoh kitaran yang betul.