Setia Gading Enterprise sedang menganjurkan Kursus Intensif Penanaman Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus Sajor-Caju) setiap Ahad bermula November lalu di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.
Sepanjang kursus tersebut, peserta diberi pendedahan tentang cara penanaman cendawan tiram kelabu dari segi teori dan juga praktikal.
Setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM200 meliputi kos nota kursus, sijil penyertaan, latihan praktikal serta makan dan minum sepanjang sesi kursus.
Untuk keterangan lanjut, hubungi Safri Ali di talian 019-2683654 atau kunjungi laman blog cendawanumi.blogspot.com.
Scientific name:
Pleurotus ostreatus (Oyster mushroom);
Pleurotus sajor-caju (Grey oyster mushroom);
Pleurotus florida (White oyster mushroom)
Characteristics:
(1) Grows in shelf-like clusters
(2) Cap: 4-15cm broad, convex to planar, kidney-shaped or fan-shaped, pale brown to dark brown
(3) White gills
(4) Stubby, nearly absent stem
(5) Whitish to lilac spore print
(Kuo, M. 2005)
Nutritional values:
(1) 15 - 35% protein content (equivalent to an egg or 1/3 of meats)
(2) Vitamins: Vit. C, Vit. B, Niacin
(3) Free amino acids
Medicinal properties:
(1) Lowers lipid concentrations (Hossain et al., 2003)
(2) Lowers blood glucose levels (Khatun et al., 2007)
(3) Antioxidant effect to prevent aging of major body organs (Jayakumar, Thomas & Geraldine, 2007); eg. liver (Jayakumar, Ramesh and Geraldine, 2006)
(4) Prevents proliferation of tumor cells; eg. prostate cancer (Gu & Sivam, 2006)
(5) Presence of lectin to prevent cancer in the connective tissues (sarcoma) and liver (hepatoma) (Wang, Gao, & Ng, 2000)
NOTE : Mushroom is not intended to use as a medicine to treat any illnesses. It is only recommended as food supplement for general health.
Sources :
(1) Kuo, M. (2005, February). Pleurotus ostreatus: The oyster mushroom. Retrieved from the MushroomExpert.Com Web site: http://www.mushroomexpert.com/pleurotus_ostreatus.html
(2) Gu, Y. H. and Sivam, G. (2006) Cytotoxic effect of oyster mushroom Pleurotus ostreatus on human androgen-independent prostate cancer PC-3 cells. Journal of Medicinal Food 9(2): 196-204.
(3) Hossain, S., Hashimoto, M., Choudhury, E. K., Alam, N., Hussain, S., Hasan, M., Choudhury, S. K.,and Mahmud, I. (2003) Dietary mushroom (Pleurotus ostreatus) ameliorates atherogenic lipid in hypercholesterolaemic rats. Clinical and Experimental Pharmacology and Physiology 30(7): 470-475.
(4) Jayakumar, T., Ramesh, E., and Geraldine, P. (2006) Antioxidant activity of the oyster mushroom, Pleurotus ostreatus, on CCl4- induced liver injury in rats. Food and Chemical Toxicology 44: 1989-1996.
(5) Jayakumar, T., Thomas, P. A., and Geraldine, P. (2007) Protective effect of an extract of the oyster mushroom, Pleurotus ostreatus, on antioxidants of major organs of aged rats. Experimental Gerontology 42: 183-191.
(6) Khatun, K., Mahtab, H., Khanam, P. A., Sayeed, M. A. and Khan, K. A. (2007) Oyster mushroom reduced blood glucose and cholesterol in diabetic subjects. Mymensingh Medical Journal 16(1): 94-99.
(7) Wang, H., Gao, J., and Ng, T. B. (2000) A new lectin with highly potent antihepatoma and antisarcoma activities from the oyster mushroom Pleurotus ostreatus. Biochemical and Biophysical Research Communications 275: 810-816.
Cendawan bukan sekadar tumbuhan yang mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan serat yang tinggi berbanding sayuran lain, tetapi juga mampu memberi pulangan lumayan jika diusahakan secara komersial. Ada pelbagai jenis cendawan diusahakan oleh penanam cendawan iaitu Cendawan Tiram Kelabu, Tiram Putih, Telinga Kera, Abalone, Ling Zhi, Bunga Kobis, Jarum Emas dan Cendawan Butang yang sentiasa mempunyai pasaran dan penggemar negara ini.
serta senang dijaga dan dalam masa tiga bulan hasilnya sudah boleh dikutip. Bahan asas yang digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu, dedak padi, kapur pertanian serta benih cendawan.
penutup untuk menghasilkan blok cendawan dan kemudian disusun di dalam tong dram yang berisi air untuk menjalani proses kukus. Proses ini bertujuan untuk membunuh semua organisma dan kuman yang ada dalam campuran medium cendawan yang disediakan dan selepas dikukus blok cendawan `direhatkan' selama dua hari sebelum menjalankan kerja penyuntikan benih.
Selepas itu, penutup cendawan dibuka menggunakan pencungkil besi yang dipanaskan dan benih akan diisi dengan seseorang itu juga perlu mencatatkan tarikh dan jenis benih cendawan. Blok cendawan yang sudah diisi benih akan disusun di atas rak yang disediakan di rumah cendawan dan rumah itu mestilah berbumbungkan atap nipah atau rumbia serta di bahagian dindingnya pula dipasang jaring hitam. Blok cendawan itu akan diperam kira-kira tiga bulan dan dalam tempoh itu, seseorang pengusaha perlu menyiram air tiga kali sehari pada lantai serta pada badan blok cendawan.
Cendawan memerlukan cahaya yang lemah dan sekata, pertumbuhannya akan terbantut jika terkena sinaran matahari berlebihan dan bagi cendawan yang terkena penyakit perlu diasingkan supaya tidak merebak ke blok cendawan lain. Selepas kira-kira tiga bulan spora akan terbentuk di dalam blok cendawan dan mengembang memenuhi blok itu. Penutup blok akan dibuka dan cendawan akan mulai tumbuh kira-kira lima hari selepas penutup dibuka.
Setiap cendawan perlu dikutip sebelum bahagian tepinya kelihatan berombak dan selepas dikutip blok cendawan perlu ditutup semula dan direhatkan selama 10 hari sebelum dibuka kembali untuk memudahkan proses pembentukan semula spora di dalam blok itu.

Sejambak cendawan boleh mencecah 80 gram dan satu blok cendawan boleh dituai hasilnya sehingga enam kali dalam tempoh empat bulan. Selepas itu, hasilnya akan berkurangan dan perlu membuat blok baru. Blok cendawan yang tidak dapat mengeluarkan hasil lagi boleh dihancurkan untuk dijadikan baja kompos dan makanan kambing dengan mencampurkan beberapa jenis bahan lain. Cendawan yang dituai boleh disimpan kira-kira tiga hari dalam peti sejuk.
Selalunya bahan-bahan utama dalam penyediaan cendawan dipanggil media dan tip hari ini ialah tentang teknik penyediaannya. Contoh yang digunakan ialah bagi penanaman Cendawan Tiram Kelabu.Nota
..Serangan Kulat Jingga / Oren
Biasanya ia berasal daripada habuk kayu getah yang digunakan dalam campuran media cendawan dan untuk meminimumkan kesan serta serangannya, pastikan tempoh pengukusan yang cukup bagi membunuh kulat ini dari awal.

Serangan Kulat Hijau
Biasanya ia berasal daripada tanah dan habuk yang berterbangan dari luar. Pastikan rumah cendawan dan kawasan penyediaan media adalah bersih dan mengikut aturan kerja yang teratur kerana serangan kulat hijau juga adalah antara yang kerap dihadapi oleh pengusaha cendawan.
...
Ketiga Beg media belum cukup matang. Bila maisilium sudah memenuhi beg media, tidak bermakna ianya sudah matang. Memanglah maisilium akan menguasai luas permukaan beg media dalam 2 bulan. Tetapi tempoh tersebut maisilium tidak cukup matang.
...
Mengikut kaedah pengusaha yang berpengalaman, biarkan beg media selama 3 bulan, barulah buka penutup eram untuk tuaian pertama. Ini adalah untuk memastikan maisilium cukup kuat dan ianya betul-betul menguasai keseluruhan beg media dan menghalang kulat lain bersaing dengannya. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.
... ...
Keempat Bawaan seranggan kumbang atau bari-bari. Bila serangga ini berpindah dari beg yang sudah dijangkati kulat hijau, kemudian ia terbang dan memasuki mulut beg media lain, kulat hijau ini akan berjangkit ke beg media yg lain pula.
......
Jika anda mengalami masalah kumbang yang serius. Kuarantin rumah cendawan anda selama seminggu. Tutup semua beg media dengan penutup rehat. Kemudian spray rumah cendawan dan beg media dengan racun serangga agar kumbang dan bari2 tersebut mati. Sebelum buka semula penutup rehat basuh rumah cendawan dan semburkan air ke beg media agar rasa dan bau racun serangga tersebut hilang. Kalau tak takut cendawan yang keluar ada bau racun serangga.
...
Kelima Bahan dedak yang digunakan. Jika dedak padi, kadar kulat hijau memang tinggi berbanding dedak gandum. Jika terkena kulat hitam atau kulat hijau adalah lebih baik asingkan beg tersebut dan buatkan banyak lubang supaya banyak cendawan akan keluar dan ini akan membantu tingkatkan kg cendawan. Walaupun umur beg tak panjang, sekurang-kurangnya kos belian beg dapat semula. Jika kena kulat hijau dan kulat hitam memang tiada rawatan. Cuma guna saja kaedah di atas supaya dapat balik kos belian tu.
...
Keenam Penjagaan kebersihan. Cara yang paling efektif untuk mengelakkan jangkitan atau sekurang-kurangnya meminimumkan jangkitan kulat hijau ialah dengan mensterilkan alat yang digunakan semasa mengorek keluar sisa akar cendawan. Gunakan larutan dettol, clorox atau EM sebagai bahan steril dan setiap kali beg dikorek, pastikan ia dicelup terlebih dahulu di dalam larutan tersebut. Kebersihan amat penting dan perlu dititik beratkan.
...
Auricularia sp (Telinga kera /Jeli hitam)
Schizophyllum commune (Cendawan kukur)
Lentinus edodes (Shiitake) Mengandungi Lentinan iaitu bahan yang terdapat dalam ubat anti kanser. Ia juga digunakan sebagai terapi imuniti bagi kanser paru-paru, usus, serviks dan payu dara.
...... 
Flammulina velutipes (Jarum emas)
......... 
Agarcius braslllensis (Cendawan butang)
Ganoderma sp. (Ling zhi)
... 
Hericum erinaceum (Cendawan bunga kubis)
...
Membantu merangsang faktor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti dementia , trauma saraf akibat strok dan juga penyakit Alzheimer.
.. .. ...
Pleurotus cystidiosus (abalone)
Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan
....
Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu)
1 comment:
kalau dah baik ngan press sec defence minister of coz la masuk MINDEF...
emmm...menarik gak yer dari relations unit tukar bisnes cendawan
tapi part bidang aeroangkasa ada musykil la sket..
KAWAN LAMA
Post a Comment