Mesej dari Cendawan Umi



Latar belakang saya sebagai wartawan dengan akhbar harian selama lebih 10 tahun sebelum ini banyak memberi peluang kepada saya berkenalan dengan pelbagai bentuk soalan yang dikemukakan oleh usahawan yang baru memulakan perniagaan, dalam mana-mana seminar yang saya cover. Secara keseluruhannya, kebanyakan usahawan agak dangkal mengenai konsep publisiti dan tidak tahu arah mana hendak dituju, apatah lagi bila bercakap mengenai publisiti di akhbar atau media elektronik.

Contohnya begini. Di Bukit Beruntung ini sahaja terdapat lebih 7 orang pengusaha cendawan secara sederhana. Malangnya, kedangkalan mengenai bagaimana hendak menembusi akhbar ini menyebabkan ramai masyarakat luar tidak mengetahui fakta jumlah usahawan cendawan di sini, sekaligus menyebabkan hasil yang dikeluarkan berlegar dalam lingkungan skala kecil sahaja.

Saya melihat ini sebagai pembaziran. Ia bukan sahaja membazir tenaga, pemikiran, duit tetapi yang lebih utama ialah pembaziran industri ini sendiri.

Saya ingin menyarankan agar pengusaha memberanikan diri menghubungi pihak akhbar dan buat publisiti secara bijaksana. Memanglah ia memerlukan wang yang bukan sedikit jumlahnya tetapi percayalah, hasilnya menakjubkan.

Bukankah salah satu faktor kejayaan itu adalah publisiti?

Fikir-fikirkanlah demi masa depan cendawan kita ini.


Safri Ali.

1 comment:

sahabat gunung said...

Assalammualaikum

Tuan dulu seorang Wartawan ke? Kat mana ehhh. Saya dulu wartawan di Kumpulan Karangkraf sebelum menceburi sepenuh masa dalam dunia politik.

Maafkan saya, sepatutnya Ahad lepas saya datang ke kursus Tuan, namun ada hal plak.

Apapun, tahniah. Insya-Allah, minggu nie adik saya akan ikuti kursus cendawan di tempat Tuan.

Bila agaknya dapat jumpa Tuan.