Menerima partner baru dan pasangan suami isteri yang berminat meneroka pasaran Indonesia




En Rosdi, partner baru kami dari Putrajaya datang melawat. Dah tiga kali, sejak 3 minggu lalu beliau datang menjenguk perkembangan cendawannya yang diletakkan bersebelahan kedai kami. Akar miselium sudah mula memenuhi beg medianya yang berjumlah 5 ribu beg itu. En Rosdi dijangka menerima hasil pertama dari benih Thailand yang sangat menakjubkan itu sekitar bulan depan. Bermakna tempoh menunggu En Rosdi yang konvensionalnya 2 bulan, untuk menikmati hasilnya dapat disingkatkan selama sebulan.

Sementara itu pasangan suami isteri, En Muhd Arif dan Puan Zurina dari Puchong mendedahkan minat sebenar mereka menghadiri kursus hari ini. Mereka rupanya berhasrat untuk membuka ladang penanaman cendawan di Bandung, Indonesia. Katanya, di Indonesia, pasaran cendawan sangat eksklusif dan ianya hanya menjadi hidangan golongan bangsawan dan kelas mewah sahaja. Dengan membuka ladang di Indonesia, mereka ingin memberi peluang golongan bawahan untuk menikmati cendawan goreng yang rangup, sup cendawan yang kenyal dan gulai lemak cili api yang pedas berapi. Waduhhh pakkkk...!

Sijil kursus ini jangan lupa dibawa ke Indon ye pak...!

1 comment:

sahabat gunung said...

Semoga berjaya ye pakkk... semoga abg Safri akan dikenali di Bandung plak.

Abg safri kalau nak ke Bandung, jangan lupa bawa saya. Ataupun, belikan saya kain linen.... heheheh